Pages

Assalamualaikum... Selamat Datang Ke Blog Wan_Sha

Sunday, January 23, 2011

Tentang Diriku

Nama aku , Muhamad Safwan Bin Ramdan. Aku telah dilahirkan pada 7-11-1990 di Kampung (f) Lembah Klau. Aku adalah anak ke-2 daripada 4 adik beradik.

Aku seorang yang sederhana, pemaaf, penyayang. Aku akan menyayangi semua yang aku miliki samaada barang mahupun orang dengan sepenuh hati. Aku juga seorang yang pemalu, dan perasaan ini juga telah menyukarkan aku untuk berkenalan dengan orang baru. Tetapi aku tetap berusaha menghilangkan perasaan tersebut, kerana sifat tersebut akan memberi kesan dalam hidup aku pada masa akan datang. 

Hobi utama aku dari kecik sampai skrg, yang tak pernah berubah iaitu bermain bola sepak. Ketika sekolah rendah, jika aku ada masaalah atau berasa sedih, aku akan luahkan perasaan aku pada lukisan. Pada waktu itu, aku dapat mengeluarkan banyak idea. Hobi itu juga tetap aku lakukan sampai sekarang, cuma sekarang aku lebih suka mengedit gambar. Aku selalu mengedit gambar menggunakan Photoshop, Photoscape, dan juga laman-laman web yang boleh mengedit gambar. Mungkin sekarang aku menambah hobi aku dengan menulis blog. Aku mula mengenali blog ketika menyertai Kursus Intersif Bahasa Enggeris dan mula berminat untuk menulis blog.

Perkara yang aku suka lakukan ialah menggembirakan orang yang aku kenal. Walaupun diri aku sendiri tak gembira tapi aku akan rasa gembira kalau aku lihat orang lain gembira. Aku juga suka mendengar luahan hati teman-teman yang menghadapi masaalah. Apa yang aku boleh bantu, aku akan bantu. Jika tidak, aku cuma memberikan pendapat dan semangat untuk mereka hadapi masaalah. Walaupun dari kecil aku susah nak  berkongsi masaalah dengan orang, tapi dengan pengalaman dan masaalah yang aku pernah lalui,aku dapat memberi nasihat-nasihat supaya apa yang pernah aku lalui, tidak akan berlaku kepada orang lain.

Dalam melakukan sesuatu, aku tak suka memaksa ataupun dipaksa. Bagi aku, biarlah kite lakukan sesuatu dengan ikhlas tanpa dipaksa. Dengan keikhlasan, semua perkara yang susah dan sukar akan menjadi senang dan mudah.  Tapi jikalau sesuatu paksaan itu memberikan kebaikan kepada aku atau orang lain, paksaan itu perlu dilakukan.

Dalam persahabatan, aku mempercayai semua teman-teman aku seratus peratus. Aku tak akan berdendam jikalau orang tipu atau kenekan aku malah aku akan memaafkan kesalahan mereka. Walaupun perasaan marah tetap ada, tapi ia hanya untuk seketika. Cuma aku tak akan mempercayai mereka sampai bila-bila, kerana prinsip aku dalam persahabatan adalah " Sekali orang tipu atau kenekan aku, sampai MATI aku tak akan mempercayai mereka lagi ". Kepada sesiapa yang berkenaan, jangan tanya kenapa, klau mereka tidak dilayan lagi.

Pendapat aku dalam menilai perempuan pula hanya ada dua, iaitu cantik dan comel. Bagi aku perempuan yang cantik adalah perempuan yang mempunyai keterampilan yang tidak semulajadi. Mereka mengikut cara orang lain tanpa menjadi diri sendiri. Manakala perempuan yang comel, mempunyai nilai dan keterampilan yang semulajadi. Mereka lebih suka menjadi diri sendiri. Dan perempuan jenis ini jugalah yang telah menawan hati aku, setelah sekian lama aku menanti kehadirannya.

No comments:

Post a Comment