Kali pertama aku melihat si dia, sewaktu berada di surau kolej. Sebaik sahaja aku selesai mengambil air sembahyang, aku terlihat senyuman si dia. Senyuman itulah juga yang telah memikat hatiku. Mungkin doaku selama ini telah dimakbulkan Allah. Di surau itulah juga, dimana aku selalu berdoa kepada Allah.
" Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya kau lah yang maha pemurah lagi maha penyayang, kau berikanlah kepada ku seorang yang dapat mengubah hidup ku serta membahagiakan diriku ini......".
Sejak hari itu, aku sentiasa mencari siapahkah gerangan yang memiliki senyuman itu. Beberapa kali juga aku terserempak dengan si dia, tetapi aku hanya melihatnya sahaja kerana aku malu untuk menegurnya. Dengan bantuan temanku, aku berjaya mendapatkan nama si dia dan tempat asalnya. Namun, aku hampir berputus asa, apabila mendengar dari teman-teman ku bahawa si dia mempunyai ramai peminat dan aku mungkin tidak mempunyai peluang untuk mengenalinya. Tetapi temanku itu telah memberitahu si dia tentang aku yang ingin berkenalan dengannya. Selepas itu, si dia ingin berjumpa dengan ku dan aku berasa agak gembira tetapi perasaan malu aku tetap ada.
Pada 20-4-2010, aku telah bersemuka dengan si dia sewaktu di kolej. Itulah hari yang paling bermakna dalam hidup ku kerana dapat bertemu dengannya. Pada pagi itu, aku dengan beberapa orang teman kelas ku, berada di perpustakaan untuk membuat kerja kerana kuliah kami bermula pada pukul 11.00am. Sewaktu sedang membuat kerja, temanku datang memanggil ku dan memberitahu bahawa si dia ingin berjumpa dengan ku. Aku pun pergi berjumpa dengannya di hadapan perpustaan. Pada mulanya aku bersemangat untuk bertemu dengannya tetapi apabila aku melihatnya, aku menjadi kelu. Aku melihat si dia yang lebih semangat untuk mengenaliku, dengan menanyakan beberapa soalan kepada ku. Tapi aku hanya mampu tersenyum melihat gelagatnya, mungkin sebab pertama kali aku berhadapan dengan si dia yang hanya aku perhatikan selama ini. Aku rasa, aku lebih berasa malu berbanding si dia. Mungkin si dia mudah mesra dengan orang berbanding dengan aku. Selepas itu aku masuk semula ke dalam perpustakaan dengan perasaan gembira.
Ketika di perpustakan, aku mendapat pesanan ringkas dari teman si dia. Temannya memberikan aku nombor telefon si dia kepada ku dan bermula dari saat itulah aku berhubung dengannya. Setiap hari aku berhubung dengannya apabila waktu lapang. Dari hari ke hari, aku mula mengenali serba sedikit tentangnya dan dengan kehadirannya dalam hidupku, aku berasa sangat gembira dengan kebahagiaan yang aku dapat. Kebahagiaan yang belum pernah aku rasai sebelum ini, aku berasa sangat bertuah dan bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada ku. bersambung.....

No comments:
Post a Comment