Setelah cuti semesta bermula, kami mula berjauhan kerana dia telah balik ke Johor manakala aku balik ke Raub. Sepanjang cuti, kami hanya berhubung melalui telefon dengan menghantar sms dan kadang-kadang bergayut untuk melepaskan rindu. Cuti 2 bulan yang agak lama, ku rasakan seperti 2 tahun kerana aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lagi. Bak kata orang, semakin rindu semakin sayang. Begitulah juga aku dengan dia, semakin hari semakin rapat. Aku juga telah meluahkan perasaan aku padanya, dan aku hanya memberinya masa untuk membuka pintu hatinya untuk aku.
Setelah sekian lama aku menanti saat-saat indah, akhirnya dia membuka hatinya untuk aku iaitu pada pagi 25-6-2010. Aku rasa sangat bertuah dan gembira pada masa itu. Selama 2 bulan lebih aku mengenali dirinya, dan dia telah menerima ku. Itu lah saat-saat yang paling indah dalam hidup ku yang selama ini aku tunggu-tunggu. Mulai hari itu, aku curahkan segala kasih sayang ku padanya. Tetapi buat masa ini, aku hanya memiliki hatinya sahaja dan sekarang aku hanya menunggu masa untuk memperolehi lesen besar pula. Aku harap, dia lah cinta terakhir aku buat selamanya. Semoga hubungan kami kekal berpanjangan dan aku akan berusaha untuk menjaga hati dan perasaan nya. Aku hanya ingin melihat dia tersenyum gembira dan tak ingin melihat dia bersedih. Dia memiliki ciri-ciri yang aku suka iaitu mesra , pandai ambil hati, manja seperti budak-budak tetapi perasaan cemburu tetap ada. Bak kata orang, cemburu itu tanda nya sayang. Sebab itu aku bertambah sayang padanya. Kehidupan ku kini bertambah ceria dengan kehadiran dirinya yang telah mengubah segala-galanya. Aku juga berharap, kebahagiaan yang aku perolehi ini akan kekal selamanya. amin..
No comments:
Post a Comment