Setelah cuti semesta bermula, kami mula berjauhan kerana dia telah balik ke Johor manakala aku balik ke Raub. Sepanjang cuti, kami hanya berhubung melalui telefon dengan menghantar sms dan kadang-kadang bergayut untuk melepaskan rindu. Cuti 2 bulan yang agak lama, ku rasakan seperti 2 tahun kerana aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lagi. Bak kata orang, semakin rindu semakin sayang. Begitulah juga aku dengan dia, semakin hari semakin rapat. Aku juga telah meluahkan perasaan aku padanya, dan aku hanya memberinya masa untuk membuka pintu hatinya untuk aku.
Setelah sekian lama aku menanti saat-saat indah, akhirnya dia membuka hatinya untuk aku iaitu pada pagi 25-6-2010. Aku rasa sangat bertuah dan gembira pada masa itu. Selama 2 bulan lebih aku mengenali dirinya, dan dia telah menerima ku. Itu lah saat-saat yang paling indah dalam hidup ku yang selama ini aku tunggu-tunggu. Mulai hari itu, aku curahkan segala kasih sayang ku padanya. Tetapi buat masa ini, aku hanya memiliki hatinya sahaja dan sekarang aku hanya menunggu masa untuk memperolehi lesen besar pula. Aku harap, dia lah cinta terakhir aku buat selamanya. Semoga hubungan kami kekal berpanjangan dan aku akan berusaha untuk menjaga hati dan perasaan nya. Aku hanya ingin melihat dia tersenyum gembira dan tak ingin melihat dia bersedih. Dia memiliki ciri-ciri yang aku suka iaitu mesra , pandai ambil hati, manja seperti budak-budak tetapi perasaan cemburu tetap ada. Bak kata orang, cemburu itu tanda nya sayang. Sebab itu aku bertambah sayang padanya. Kehidupan ku kini bertambah ceria dengan kehadiran dirinya yang telah mengubah segala-galanya. Aku juga berharap, kebahagiaan yang aku perolehi ini akan kekal selamanya. amin..Thursday, January 27, 2011
Monday, January 24, 2011
Kisah Pertemuan Aku dengan Si Dia
Kali pertama aku melihat si dia, sewaktu berada di surau kolej. Sebaik sahaja aku selesai mengambil air sembahyang, aku terlihat senyuman si dia. Senyuman itulah juga yang telah memikat hatiku. Mungkin doaku selama ini telah dimakbulkan Allah. Di surau itulah juga, dimana aku selalu berdoa kepada Allah.
" Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya kau lah yang maha pemurah lagi maha penyayang, kau berikanlah kepada ku seorang yang dapat mengubah hidup ku serta membahagiakan diriku ini......".
Sejak hari itu, aku sentiasa mencari siapahkah gerangan yang memiliki senyuman itu. Beberapa kali juga aku terserempak dengan si dia, tetapi aku hanya melihatnya sahaja kerana aku malu untuk menegurnya. Dengan bantuan temanku, aku berjaya mendapatkan nama si dia dan tempat asalnya. Namun, aku hampir berputus asa, apabila mendengar dari teman-teman ku bahawa si dia mempunyai ramai peminat dan aku mungkin tidak mempunyai peluang untuk mengenalinya. Tetapi temanku itu telah memberitahu si dia tentang aku yang ingin berkenalan dengannya. Selepas itu, si dia ingin berjumpa dengan ku dan aku berasa agak gembira tetapi perasaan malu aku tetap ada.
Pada 20-4-2010, aku telah bersemuka dengan si dia sewaktu di kolej. Itulah hari yang paling bermakna dalam hidup ku kerana dapat bertemu dengannya. Pada pagi itu, aku dengan beberapa orang teman kelas ku, berada di perpustakaan untuk membuat kerja kerana kuliah kami bermula pada pukul 11.00am. Sewaktu sedang membuat kerja, temanku datang memanggil ku dan memberitahu bahawa si dia ingin berjumpa dengan ku. Aku pun pergi berjumpa dengannya di hadapan perpustaan. Pada mulanya aku bersemangat untuk bertemu dengannya tetapi apabila aku melihatnya, aku menjadi kelu. Aku melihat si dia yang lebih semangat untuk mengenaliku, dengan menanyakan beberapa soalan kepada ku. Tapi aku hanya mampu tersenyum melihat gelagatnya, mungkin sebab pertama kali aku berhadapan dengan si dia yang hanya aku perhatikan selama ini. Aku rasa, aku lebih berasa malu berbanding si dia. Mungkin si dia mudah mesra dengan orang berbanding dengan aku. Selepas itu aku masuk semula ke dalam perpustakaan dengan perasaan gembira.
Ketika di perpustakan, aku mendapat pesanan ringkas dari teman si dia. Temannya memberikan aku nombor telefon si dia kepada ku dan bermula dari saat itulah aku berhubung dengannya. Setiap hari aku berhubung dengannya apabila waktu lapang. Dari hari ke hari, aku mula mengenali serba sedikit tentangnya dan dengan kehadirannya dalam hidupku, aku berasa sangat gembira dengan kebahagiaan yang aku dapat. Kebahagiaan yang belum pernah aku rasai sebelum ini, aku berasa sangat bertuah dan bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada ku. bersambung.....

Sunday, January 23, 2011
Tentang Diriku
Nama aku , Muhamad Safwan Bin Ramdan. Aku telah dilahirkan pada 7-11-1990 di Kampung (f) Lembah Klau. Aku adalah anak ke-2 daripada 4 adik beradik.
Aku seorang yang sederhana, pemaaf, penyayang. Aku akan menyayangi semua yang aku miliki samaada barang mahupun orang dengan sepenuh hati. Aku juga seorang yang pemalu, dan perasaan ini juga telah menyukarkan aku untuk berkenalan dengan orang baru. Tetapi aku tetap berusaha menghilangkan perasaan tersebut, kerana sifat tersebut akan memberi kesan dalam hidup aku pada masa akan datang.
Hobi utama aku dari kecik sampai skrg, yang tak pernah berubah iaitu bermain bola sepak. Ketika sekolah rendah, jika aku ada masaalah atau berasa sedih, aku akan luahkan perasaan aku pada lukisan. Pada waktu itu, aku dapat mengeluarkan banyak idea. Hobi itu juga tetap aku lakukan sampai sekarang, cuma sekarang aku lebih suka mengedit gambar. Aku selalu mengedit gambar menggunakan Photoshop, Photoscape, dan juga laman-laman web yang boleh mengedit gambar. Mungkin sekarang aku menambah hobi aku dengan menulis blog. Aku mula mengenali blog ketika menyertai Kursus Intersif Bahasa Enggeris dan mula berminat untuk menulis blog.
Perkara yang aku suka lakukan ialah menggembirakan orang yang aku kenal. Walaupun diri aku sendiri tak gembira tapi aku akan rasa gembira kalau aku lihat orang lain gembira. Aku juga suka mendengar luahan hati teman-teman yang menghadapi masaalah. Apa yang aku boleh bantu, aku akan bantu. Jika tidak, aku cuma memberikan pendapat dan semangat untuk mereka hadapi masaalah. Walaupun dari kecil aku susah nak berkongsi masaalah dengan orang, tapi dengan pengalaman dan masaalah yang aku pernah lalui,aku dapat memberi nasihat-nasihat supaya apa yang pernah aku lalui, tidak akan berlaku kepada orang lain.
Dalam melakukan sesuatu, aku tak suka memaksa ataupun dipaksa. Bagi aku, biarlah kite lakukan sesuatu dengan ikhlas tanpa dipaksa. Dengan keikhlasan, semua perkara yang susah dan sukar akan menjadi senang dan mudah. Tapi jikalau sesuatu paksaan itu memberikan kebaikan kepada aku atau orang lain, paksaan itu perlu dilakukan.
Dalam persahabatan, aku mempercayai semua teman-teman aku seratus peratus. Aku tak akan berdendam jikalau orang tipu atau kenekan aku malah aku akan memaafkan kesalahan mereka. Walaupun perasaan marah tetap ada, tapi ia hanya untuk seketika. Cuma aku tak akan mempercayai mereka sampai bila-bila, kerana prinsip aku dalam persahabatan adalah " Sekali orang tipu atau kenekan aku, sampai MATI aku tak akan mempercayai mereka lagi ". Kepada sesiapa yang berkenaan, jangan tanya kenapa, klau mereka tidak dilayan lagi.
Pendapat aku dalam menilai perempuan pula hanya ada dua, iaitu cantik dan comel. Bagi aku perempuan yang cantik adalah perempuan yang mempunyai keterampilan yang tidak semulajadi. Mereka mengikut cara orang lain tanpa menjadi diri sendiri. Manakala perempuan yang comel, mempunyai nilai dan keterampilan yang semulajadi. Mereka lebih suka menjadi diri sendiri. Dan perempuan jenis ini jugalah yang telah menawan hati aku, setelah sekian lama aku menanti kehadirannya.

Sunday, January 16, 2011
Selamat Tahun Baru 2011
Assalamualaikum..
Aku mulakan blog ini dengan ucapan Selamat Tahun Baru kepada semua.Semoga tahun 2011 memberi harapan dan sinar baru bagi diriku dan semua teman-teman.Segala yang telah dilalui sebelum ini, dijadikan kenangan dan pengajaran yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Aku berharap, segala kebahagian yang telah aku perolehi akan kekal selamanya. Kebahagian yang belum pernah aku rasai sebelum ini, serta kebahagian yang telah mengubah perjalanan hidupku.
Tujuan aku menghasilkan blog ini adalah sebagai tanda kasih sayangku kepada si dia yang telah muncul dalam hidupku. Segala yang telah aku lalui bersamanya selama ini dan pada masa hadapan akan ku abadikan di blog ini. Semoga semua yang telah aku lalui bersamanya menjadi Kenangan Terindah buat selama-lamanya.. Amin...

Subscribe to:
Posts (Atom)